Tips Kewangan Keluarga.
Perancangan kewangan satu kemestian.
Merencana senario kehidupan adalah sebahagian daripada ciri-ciri individu Muslim. Supaya kita mampu memaksimakan manfaat daripada pendapatan kita perlulah semua perbelanjaan disusun dan diagihkan berdasarkan keperluan sebenar. Supaya kita dapat menentukan keperluan sebenar kita perlu membuat analisa keperluan kewangan.
Takaful Dan Perancangan Kewangan.
Semasa kehidupan di dunia ini manusia dipertanggungjawabkan untuk saling tolong-menolong sesama mereka dalam semua hal khususnya umat Islam. Rasulullah s.a.w. mengibaratkan orang-orang yang beriman umpama satu jasad yang apabila satu anggota sakit akan menjadi seluruh badannya sakit dan merasai demam.
Dalam kehidupan di dunia ini manusia terdedah kepada pelbagai risiko seperti kematian ayah atau suami, terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah, ditimpa pelbagai penyakit kritikal seperti barah, serangan jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan sebagainya. Ada juga yang sihat dan panjang usianya hingga menjadi sebatang kara dalam keadaan yang lemah dan kehabisan wang simpanan.
Musibah seumpama ini menjadikan seseorang isteri menjadi janda, anak-anak kecil menjadi yatim dan kehilangan tempat bergantung bagi meneruskan ujian kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang lumpuh dan di timpa penyakit kritikal sudah pasti memerlukan wang yang banyak untuk mebiayai kos rawatan dan kehidupan.
Kebanyakkan umat Islam tidak memiliki wang yang mencukupi untuk menyara kehidupan apabila hilang tempat pergantungan yang selama ini menyara kehidupan mereka atau terpaksa menanggung bebanan hidup bersendirian bagi meneruskan hidup dan membesarkan anak.
Al-Quran sentiasa menggesa umatnya agar bersedekah dan memelihara kebajikan anak-anak yatim. Umat Islam juga digesa agar sentiasa berjamaah, berorganisasi dan menguruskan seluruh urusan hidup secara tersusun rapi. Apakah umat Islam akan sentiasa membuat kutipan wang untuk membiayai balu dan anak-anak yatim atau membantu meringankan bebanan kos rawatan setiap kali saudara seagama mereka ditimpa musibah ini.?
Read more »