Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

Tips Kewangan Keluarga.

Perancangan kewangan satu kemestian.

Merencana senario kehidupan adalah sebahagian daripada ciri-ciri individu Muslim. Supaya kita mampu memaksimakan manfaat daripada pendapatan kita perlulah semua perbelanjaan disusun dan diagihkan berdasarkan keperluan sebenar. Supaya kita dapat menentukan keperluan sebenar kita perlu membuat analisa keperluan kewangan.

Menganalisa keperluan kewangan.

1. Menentukan Objektif kewangan

Jangkamasa pendek/ segera.
____________________
1. Perbelanjaan bulanan.
2. Tabung kecemasan:
a. perubatan.
b. senggara kenderaan
c. keperluan ibu-bapa
d. kos rawatan penyakit kritikal
e. kos saraan hidup akibat lumpuh dan kehilangan pekerjaan Jangkamasa sederhana

_____________________
1. Menunaikan umrah/haji
2. Sedekah
3. Melancung
4. Menziarahi keluarga
5. Keraian Jangkamasa panjang

_____________________
1. Kos perbelanjaan pendidikan anak2
2. Kos perkahwinan anak2
3. Keperluan persaraan.
4. Wakaf fi sabilillah / sedekah jariah.

2. Analisa kekuatan dan kelemahan kewangan

Kekuatan kewangan

1. Ada pendapatan tetap.
2. Skim pencen
3. Menabung di KWSP
4. Memiliki eset

Ancaman

1. Kemalangan maut.
2. Ditimpa penyakit kritikal
3. Lumpuh
4. Hidup terlalu lama selepas usia pencen.
5. Perlu menunggu lama untuk mendapat rawatan dihospital kerajaan.

Kelemahan.

1. Tabungan yang ada tidak mampu menampung keperluan hidup sepanjang hayat jika hilang pekerjaan.
2. Tabungan yang ada tidak cukup menampung perbelanjaan pembedahan jika ditimpa penyakit kritikal.
3. Simpanan KWSP hanya cukup untuk perbelanjaan selama 3 tahun.
4. Banyak bebanan hutang.

Peluang.

1. Tabungan / pelaburan
2. Perlindungan Takaful.
3. Perniagaan sampingan.
4. Hospital Swasta.

Contoh:

Profile 1.

Kamarul dan Kamariah masing-masing berumur 25 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Pendapatan Keluarga mereka adalah RM5000.00 sebulan. Mereka juga telah membeli sebuah rumah dan sebuah kereta.

Berikut adalah jadual kewangan mereka:

Berikut adalah jadual kewangan mereka:

Perkara                                                Kos

1. Keperluan dapur                             RM  400.00

2. Makan dipejabat                             RM  400.00

3. Bayaran ansuran rumah              RM  900.00

4. Bayaran ansuran kereta               RM  650.00

5. Bayaran pengasuh anak                RM  200.00

6. Bil-bil telefon / air / api                RM. 300.00

7. Minyak kereta                                 RM  400.00

8. Perubatan                                        RM    60.0

9. Ibu / bapa                                        RM  200.00

10 Pinjaman pelajaran                         RM  400.00

11. Keraian                                          RM  100.00

12 Lain-lain                                         RM  300.00

Total                                                   RM4310.00

 13. ASB/ Tabung Haji                       RM 650.00

 Total                                                    RM5000.00

Analisa:

1. Kos hangus yang diperlukan oleh mereka adalah RM4310 sebulan. Ini bermakna setiap orang daripada mereka perlu menyumbang sebanyak RM2155 seorang setiap bulan.

2. Tabungan mereka adalah RM 8280 setahun dan akan mencecah sekurang-kurangnya RM100,000.00 ketika usia mereka 35 tahun dan RM 270,000.00 ketika usia 45 tahun dengan andaian pulangan 5% setahun.

3. Namun dengan meletakkan kesemua lebihan kewangan untuk tabungan adalah tidak bijak kerana kedua-dua mereka terdedah kepada ancaman kematian, lumpuh dan ditimpa penyakit kritikal bila-bila masa sahaja. Kos pembedahan jantung antara RM20,000.00 hingga RM***,000.00

4. Andainya si suami meninggal dunia atau lumpuh sudah pasti sekurang-kurangnya separuh sumbangan suami kepada keperluan keluarga sudah tiada.

5. Sebaliknya jika mereka mengambil peluang plan takaful yang berkonsepkan tabungan dan perlindungan termasuk kos rawatan hospital mereka telah menyediakan sebuah tabung untuk menampung kos hangus mereka jika mereka ditimpa musibah.

6. Mereka boleh memperuntukkan RM230 sebulan seorang.

Untuk menampung pulangan RM 1000 sebulan atau 12000 setahun mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah rumah kedai atau RM 240,000.00 tunai.

Dengan baki pendapatan RM900 mereka tidak akan mampu membeli sebuah rumah kedai tetapi mereka boleh memiliki polisi bernilai RM240,000. seorang dengan tabungan sebayak RM230.00 sebulan setiap orang.

Dengan polisi ini mereka berhak mendapat pampasan kewangan jika meninggal dunia atau lumpuh sehingga RM240,000.00 setiap orang. Mereka juga memiliki plan rawatan hospital sehingga RM50,000.00 setahun dan perlindungan sepanjang hayat sebanyak RM150,000.00 bagi keperluan rawatan penyakit barah, dialisis dan seumpamanya.

7. Seandaninya mereka tidak ditimpa apa-apa musibah sepanjang tempoh perlindungan mereka tetap memiliki tabungan sehingga RM160.000.00 ditambah tabungan ASB/ Tabung haji sebanyak RM100,000.00.

8. Oleh itu mereka perlu memasukkan RM460.00 untuk tabungan takaful dalam senarai tabungan mereka.

Mengagihkan perbelanjaan berdasarkan keutamaan.

Dengan mengagihkan pendapatan bagi mengambil peluang perlindungan takaful dan sebahagiannya tabungan biasa mereka telah berjaya menampung kelemahan kewangan mereka dan menyediakan persediaan jika menghadapi ancaman kewangan.

Selain hampir 87% kewangan mereka digunakan untuk perbelanjaan hangus mereka perlu agihkan sekurang-kurangnya 8.6% untuk tabungan takaful dan bakinya 4.3% untuk Tabung Haji atau ASM Islamic.

Walaupun tabungan takaful hanya 8.6% tetapi sudah cukup untuk menampung keperluan 87% perbelanjaan hangus seumur mereka. Sebaliknya jika kesemua baki keperluan sebanyak 13% dimasukkan kedalam tabungan simpanan semata-mata ianya tidak mencukupi jika mereka menghadapi ancaman kewangan.

Oleh kerana peluang menabung di takaful boleh menyelamatkan mereka daripada ancaman kewangan mereka perlu memilikinya jika mereka seorang yang bijak.

Berbelanjalah dengan bijak. Agihlah sebahagian pendapatan anda untuk tabungan dan perlindungan.

Profile 2.

Ali dan Aliyyah masing-masing berumur 35 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Pendapatan Keluarga mereka adalah RM7000.00 sebulan. Mereka juga telah membeli sebuah rumah, sebuah kereta dan sebuah mpv.

Berikut adalah jadual kewangan mereka:

Perkara                                                Kos Sebulan

1. Keperluan dapur                             RM800.00

2. Makan dipejabat                             RM400.00      

3. Bayaran ansuran rumah                   RM900.00

4. Bayaran ansuran kereta                   RM900.00

5. Bayaran pengasuh anak                  RM900.00

6. Bil-bil telefon / air / api                   RM400.00

7.  Minyak kereta                                     RM400.00

8. Perubatan                                        RM100.00

9. Ibu / bapa                                        RM200.00

10 Pinjaman pelajaran                         RM400.00

11. Kos pelajaran anak2                      RM100.00

12. Keraian                                          RM300.00

13 Lain-lain                                         RM200.00

 

Total Perbelanjaan                           RM6000.00

13. ASB/ Tabung Haji                                    RM1000.00

Total                                                    RM7000.00

Analisa:

Sepatutnya mereka mengagihkan RM300.00 seorang atau memasukkan RM600 dalam senarai tabugan mereka untuk plan takaful bagi melindungi kematian , lumpuh dan kos rawatan hospital.

Jika tidak duit tabungan mereka di ASB/ Tabung haji akan habis digunakan bagi menampung kos hospital dan amat tidak mencukupi bagi perbelanjaan saraan hidup jika salah seorang daripada mereka lumpuh atau meninggal dunia.

Andainya kedua-dua mereka meninggal dunia serentak tanpa ada perlindungan takaful anak-anak mereka hanya mempunyai RM100,000 untuk diagihkan kepada 5 orang hasil tabungan ditabung haji selama 10 tahun.

Mencari pendapatan tambahan.

1. Berniaga
2. Trading
3. Perunding kewangan takaful/ amanah saham.
4. Penceramah motivasi.
5. Menulis buku
6. Jurujual kereta / rumah / tanah.
7. Melabur di pasaran saham / saham amanah.
8. Pertanian

Penutup.

Anda tentu amat menyayangi dan cintakan anak-anak anda. Cuba pandang ke kiri anda. Lihatlah semua ikhawah / t yang di kasihi; andainya mereka terlibat dalam kemalangan atau suami mereka ditimpa penyakit kritikal dan mereka belum memiliki tabungan takaful .. Apakah nasib mereka?

Jika kedua-dua suami dan isteri ikhwah akhawat atau sahabat anda meninggal dunia tentu anak-anak mereka menjadi yatim piatu.. Cukupkah tabungan kewangan yang telah mereka sediakan.?

Bayangkanlah kesediahan dan kesengsaraan hidup yang bakal mereka lalui.

Kemudian lihatlah ke bawah ke dalam diri anda sendiri, apakah nasib anti jika suami meninggal dunia atau ditimpa penyakit keritikal? Berapakah tabungan untuk hari-hari kedukaan ini telah disediakan? Cukupkah tabungan yang ada?

Perlukah anda mempunyai plan takaful ?. Beratkah untuk menabung untuk diri anda hanya RM 9 sehari.? Jangan tangguh lagi.. Buatlah keputusan hari ini.

Hubungi:

Ust: Annuar Salleh (   019 3800543   )

May 19, 2009 - Posted by | Uncategorized

7 Comments »

  1. saya rasa anggaran kos yang pihak tuan buat adalah terlalu rendah. Contohnya:

    1)keperluan dapur sbyk rm800 untuk 7 orang isirumah adalah tidak logik. Perbelanjaan untuk 5 orang isirumah pada masa skrg ialah rm1200/mth untuk brg dapur. Untuk 7 orang saya rasa baik dianggarkan sbyk rm1500.

    2) Perbelanjaan makan dipejabat untuk dua orang rm400?

    3) Kos perbelanjaan anak juga sgt tinggi. Saya rasa kos perbelanjaan pelajaran( kelas tambahan, tadika dan blalala pun purata rm300/anak. Kalau lima amacam?

    Gaji total rm7000 tak boleh nak pelihara 5 anak dgn sebaiknya. Too risky my friend
    Salam

    Comment by rusman | December 13, 2010 | Reply

  2. namapun anggaran..yang penting setiap keluarga catat sendiri keperluannya dan mula membuat perancangan berasaskan objektif masing-masing

    anyway thank!!

    Comment by renungan2u | December 14, 2010 | Reply

  3. marilah kita sama2 renungkan..

    Comment by Abd Malek Daud | January 7, 2012 | Reply

  4. kalau mcm tu,ape kata anda smua hubungi saya utk merancang kewangan anda dgn sistematik !

    Comment by mohd risan | July 4, 2012 | Reply

  5. Memang la perancangan tapi mesti lah reality.hati mmg nk msuk takaful,tapi bila kira blan2..mmg xmampu..gaji kcik.isteri xkerja.hny org kaya je la yg hdup terjamin.

    Comment by mr x | July 30, 2012 | Reply

    • Takaful ialah tolong menolong; hanya orang miskin perlukan pertolongan tetapi janganlah harap orang tolong kita kalau kita x sanggup tolong orang walau sedikit

      Comment by renungan2u | August 8, 2012 | Reply

    • jom cari duit tambahan
      http://www.alitqanwealth.com.my

      Comment by renungan2u | August 30, 2012 | Reply


Leave a comment