Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

Takaful Dan Perancangan Kewangan.

Semasa kehidupan di dunia ini manusia dipertanggungjawabkan untuk saling tolong-menolong sesama mereka dalam semua hal khususnya umat Islam. Rasulullah s.a.w. mengibaratkan orang-orang yang beriman umpama satu jasad yang apabila satu anggota sakit akan menjadi seluruh badannya sakit dan merasai demam.

Dalam kehidupan di dunia ini manusia terdedah kepada pelbagai risiko seperti kematian ayah atau suami, terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah, ditimpa pelbagai penyakit kritikal seperti barah, serangan jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan sebagainya. Ada juga yang sihat dan panjang usianya hingga menjadi sebatang kara dalam keadaan yang lemah dan kehabisan wang simpanan.

Musibah seumpama ini menjadikan seseorang isteri menjadi janda, anak-anak kecil menjadi yatim dan kehilangan tempat bergantung bagi meneruskan ujian kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang lumpuh dan di timpa penyakit kritikal sudah pasti memerlukan wang yang banyak untuk mebiayai kos rawatan dan kehidupan.

Kebanyakkan umat Islam tidak memiliki wang yang mencukupi untuk menyara kehidupan apabila hilang tempat pergantungan yang selama ini menyara kehidupan mereka atau terpaksa menanggung bebanan hidup bersendirian bagi meneruskan hidup dan membesarkan anak.

Al-Quran sentiasa menggesa umatnya agar bersedekah dan memelihara kebajikan anak-anak yatim. Umat Islam juga digesa agar sentiasa berjamaah, berorganisasi dan menguruskan seluruh urusan hidup secara tersusun rapi. Apakah umat Islam akan sentiasa membuat kutipan wang untuk membiayai balu dan anak-anak yatim atau membantu meringankan bebanan kos rawatan setiap kali saudara seagama mereka ditimpa musibah ini.?

Untuk menyahut keperluan ini institusi takaful di tubuhkan. Melalui institusi ini umat Islam saling bertolong menolong dengan memberi sumbangan tetap ke dalam tabung khairat yang akan digunakan bagi di sumbangkan kepada ahli yang ditimpa musibah.

Walaupun ada dikalangan umat Islam memiliki pendapatan bulanan yang besar tetapi mereka belum mempunyai tabungan yang mencukupi bagi menghadapi risiko-risiko ini. Memang ada umat Islam yang membuat tabungan tetap kedalam Tabung Haji, amanah-amanah saham tetapi ianya diperuntukan bagi menunaikan haji, persaraan dan keraian.

Sekiranya mereka tidak menyetai skim takaful semua simpanan itu akan digunakan bagi menanggung kos-kos perubatan dan sarahidup ketika ditimpa musibah.

Hakikatnya umat Islam bukan tidak memiliki wang untuk menyertai skim takaful kerana mereka boleh memakai kereta besar, memiliki rumah, selalu makan diluar, menyewa astro, merokok dan melancung.

Mereka hanya perlu membuat perancangan kewangan, menentukan objektif dan keutamaan perbelanjaan dan meletakkan sumbangan tabung takaful sebagai satu keutamaan. Dengan menyertai skim takaful perlindungan manfaat kewangan dan takaful perubatan mereka bukan sahaja melindungi keperluan kewangan keluarga dan kos rawatan perubatan mereka tetapi melakukan sedekah jariah bagi membatu saudara-saudara Islam yang lain secara terancang.

Umat Islam perlu membuat tabungan takaful ini sekurang-kurangnya RM5 sehari bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.

Walaupun tabungan itu nampak kecil tetapi ia sebenarnya akan memberi nilai yang besar kepada isteri dan anak-anak bagi menghadapi keadaan cemas dan kehilangan tempat pergantung.

Perancangan kewangan.

Setiap kali kita membuat perancangan strategik satu analisa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang akan dilakukan.

Berikut adalah contoh satu analisa sebelum membuat perancangan strategik untuk plan kewangan keluarga.

Kekuatan kewangan

1. Memiliki pekerjaan yang memberi pendapatan tetap.
2. Memiliki sumber-sumber pendapatan tambahan Kelemahan kewangan

1. Tiada tabungan.
2. Tabungan yang tidak mencukupi untuk menanggung kos perubatan atau kemalangan.

Ancaman Kewangan

1. Kemalangan
2. Lumpuh
3. Penyakit kritikal,
4. Kematian ketua keluarga. Peluang kewangan

1. Perniagaan
2. Pelaburan
3. Khidmat profesional berbayar
4. Perlindungan Takaful

Kebanyakan kita memiliki perkerjaan dan pendapatan tetap setiap bulan. Cuma kegagalan mengagihkan pendapatan berdasarkan keutamaan menjadikan kita sering menghadapi keadaan yang sukar apabila ditimpa musibah.

Ajal maut di tangan Allah, kemalangan yang menimpa bukannya diminta, dan ditimpa pelbagai penyakit kritikal juga tidak pernah di duga. Ketidakpastian dan kebarangkaliannya akan menimpa kita tetap wujud tetapi ramai umat Islam sanggup memperjudikan nasib daripada memilih untuk menyediakan payung sebelum hujan. Sikap apabila terantuk baru tengadah bagai mewarnai kehidupan kewangan mereka walaupun mereka golongan yang terpelajar dan boleh membuat andaian masa depan.

Dalam kehidupan kita hari ini pelbagai pilihan ada di depan mata kita. Kita boleh memilih untuk menyertai takaful begi melindungi pendapatan keluarga andainya berlaku kematian diusia muda sebab sakit atau kemalangan sedangkan masih ramai bebanan tanggungan di atas bahu kita. Kita juga boleh mengambil takaful perlindungan kos rawatan hospital bagi membiayai rawatan dimasukkan kedalam wad, pembedahan dan rawatan susulan.

Jika kita tidak meiliki pendapatan yang mencukupi bagi membayar sumbangan takaful, kita boleh menjadi wakil agensi takaful secara sambilan yang memberi keistimewaan kepada kita untuk menyertai plan-plan takaful yang ditawarkan oleh syarikat dengan komitmen kewangan yang rendah. Selain daripada menjadi sumber pendapatan tambahan keluarga kita juga akan terjamin sekiranya ditimpa musibah.

May 19, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: