Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

terharu

Satu hari saya menemui seorang jururawat disebuah hospital. Memandangkan beliau seorang yang peramah dan sangat perihatin saya mencadangkan beliau memilih kerjaya sebagai perunding kewangan Islam. Saya dapat lihat potensi dirinya yang mudah mendekati dan didekati pesakit merupakan asset yang bernilai tambah dalam industry takaful ini.

Namun beliau menolaknya sebab suaminya seorang pengarah syarikat dan pendapatan bulanan mereka sudah mencukupi, lagipun beliau amat meminati bidang jururawat yang diceburinya. Beliau amat merasai satu kepuasan jika dapat membantu merawat pesakit-pesakit dihospital tempatnya berkerja.
Continue reading

October 14, 2010 Posted by | peluang | Leave a comment

Tips Kewangan Keluarga.

Perancangan kewangan satu kemestian.

Merencana senario kehidupan adalah sebahagian daripada ciri-ciri individu Muslim. Supaya kita mampu memaksimakan manfaat daripada pendapatan kita perlulah semua perbelanjaan disusun dan diagihkan berdasarkan keperluan sebenar. Supaya kita dapat menentukan keperluan sebenar kita perlu membuat analisa keperluan kewangan.

Continue reading

May 19, 2009 Posted by | Uncategorized | 7 Comments

Takaful Dan Perancangan Kewangan.

Semasa kehidupan di dunia ini manusia dipertanggungjawabkan untuk saling tolong-menolong sesama mereka dalam semua hal khususnya umat Islam. Rasulullah s.a.w. mengibaratkan orang-orang yang beriman umpama satu jasad yang apabila satu anggota sakit akan menjadi seluruh badannya sakit dan merasai demam.

Dalam kehidupan di dunia ini manusia terdedah kepada pelbagai risiko seperti kematian ayah atau suami, terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah, ditimpa pelbagai penyakit kritikal seperti barah, serangan jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan sebagainya. Ada juga yang sihat dan panjang usianya hingga menjadi sebatang kara dalam keadaan yang lemah dan kehabisan wang simpanan.

Musibah seumpama ini menjadikan seseorang isteri menjadi janda, anak-anak kecil menjadi yatim dan kehilangan tempat bergantung bagi meneruskan ujian kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang lumpuh dan di timpa penyakit kritikal sudah pasti memerlukan wang yang banyak untuk mebiayai kos rawatan dan kehidupan.

Kebanyakkan umat Islam tidak memiliki wang yang mencukupi untuk menyara kehidupan apabila hilang tempat pergantungan yang selama ini menyara kehidupan mereka atau terpaksa menanggung bebanan hidup bersendirian bagi meneruskan hidup dan membesarkan anak.

Al-Quran sentiasa menggesa umatnya agar bersedekah dan memelihara kebajikan anak-anak yatim. Umat Islam juga digesa agar sentiasa berjamaah, berorganisasi dan menguruskan seluruh urusan hidup secara tersusun rapi. Apakah umat Islam akan sentiasa membuat kutipan wang untuk membiayai balu dan anak-anak yatim atau membantu meringankan bebanan kos rawatan setiap kali saudara seagama mereka ditimpa musibah ini.?
Continue reading

May 19, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Menyertai Skim Takaful Keperluan Masa Kini.

Konsep Takaful:

Takaful bermaksud saling tolong-menolong dan bantu-menbantu. Atas dasar ini Institusi Takaful diwujudkan. Bayangkan sekiranya sahabat seperjuangan yang dikasihi ditimpa musibah yang membawa kepada lumpuh atau meninggal dunia apakah pendapatan bulanannya akan masih diperolehi oleh keluarga beliau? Bagaimana? Sanggupkah saudara-saudari melihat keluarga tersebut dibiarkan tanpa memberi bantuan secukupnya?

Jika keperluan bulanannya RM2000.00 bermakna setahun RM24000.00 dan jika anak-anak beliau masih kecil dan memerlukan lebih 15 tahun pembiayaan atau lebih, sanggupkah sahabat-sahabat seperjuangan menghulurkan bantuan kewangan setiap bulan.? Bagaimana jika musibah ini ditimpa oleh sahabat-sahabat lain yang menjadikan jumlah 10 keluarga..? Secara logiknya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi tanpa wujud sebuah sistem pengurusan yang profesional seperti Institusi Takaful.

Melalui Institusi takaful seorang peserta hanya perlu menyumbang serendah RM150.00 sebulan untuk mendapat perlindungan RM500,000.00. Ia bukan satu perjuadian tetapi apbila peserta yang bertabaru’ jumlahnya ramai maka perlindungan yang tinggi boleh diberikan. Institusi Takaful sebenarnya menyelesaikan tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam yang perlu disokong, terutamanya jika pengendali dan pemiliknya adalah di kalangan umat Islam.

Konsep Ahsanu `Amala.

Apakah sama mereka yang mempunyai plan perancangan kewangan dengan mereka yang tidak mempunyainya? Kaum Cina dan India sudah lama merancang kerana mereka sedar tidak ada sesiapa yang boleh membantu mereka!!

Apakah sama mereka yang jelas objektif kewangan dengan mereka yang tidak jelas?

Apakah sama mereka yang membelanjakan kewangan mereka berasaskan keutamaan Syarak dengan mereka yang berbelanja ikut nafsu?

Merancang kewangan adalah asas merealisasikan `ahsanu `amala’..

Jika hati saudara terdetik dengan seruan ini hubungilah saya, khidmat perundingan adalah percuma.

Akhukum fillah Annuar Salleh

March 25, 2008 Posted by | attitude | 13 Comments

Merancang dana persaraan

Kuasa beli pada 2027 akan menurun. 

Kebanyakan daripada kita mula berkerja ketika usia 25 tahun dan bercadang untuk berhenti kerja pada usia 55 tahun. Ini bermakna tempoh kerja kita ialah selama 30 tahun. Sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam pemakanan dan sentiasa bersenam jangka hayat kita mungkin boleh mencecah umur 75. Ini bermakna kita boleh menggunakan 20 tahun usia persaraan kita untuk mencurah bakti kepada ummah bagi mewakafkan diri sepenuhnya ke jalan Allah tanpa perlu memikirkan lagi apakah pekerjaan yang perlu dilakukan.

Untuk itu kita perlu memiliki dana yang mencukupi bagi memastikan usia 55 hingga 75 ialah usia yang berkualiti yang kita serahkan untuk berjihad di jalan Allah.

Jika kita kembali kepada teori nabi Yusuf a.s. dalam mentafsirkan mimpi raja Mesir beliau mencadangkan satu sistem yang mudah iaitu menyimpan gandum-gandum yang dituai di musim subur selama 7 tahun dengan tangkalnya supaya ketika datangnya musim kemarau 7 tahun berikutnya mereka dapat menggunakan gandum yang disimpan dan dapat menolong masyarakat sekitarnya.

Jika disesuaikan dengan realiti kita ialah kita berkerja 30 tahun mencari nafkah dan kita perlu menyimpan untuk belanja persaraan yang boleh mencapai 30 tahun. Oleh itu berapa peratuskah daripada pendapatan yang kita perolehi semasa kita berkerja untuk disimpan bagi perbelanjaan kehidupan kita semasa persaraan?

Untuk itu kita perlu jumlahkan semua keperluan asasi kita yang diperlukan ketika persaraan mengikut nilai masa kini kemudian kita membuat kiraan berasaskan kaedah mengira nilai masa depan. Untuk membuat kiraan ini memerlukan kalkulator khas untuk “Financial Planer”.

Katakanlah keperluan asasi ialah untuk kos makan-minum, pakaian, ubat-ubatan, keraian, pengangkutan, bil-bil air, elektrik, telefon, percutian dan sedekah ialah RM3000.00 sebulan atau RM36,000.00 setahun berasaskan kuasa beli tahun 2007. Jika kita akan bersara pada tahun 2027 atau 20 tahun akan datang dan kadar inflasi 4% dan kadar keuntungan simpanan tetap 5% maka dana yang diperlukan semasa persaraan sekurang-kurangnya RM70,000,00. setahun.

Oleh itu sekurang-kurannya kita perlu membuat tabungan tetap bulanan sebanyak RM3400.00 sehingga umur 55 tahun. Dengan kadar keuntungan 5% dana yang akan diperolehi selepas 20 tahun ialah RM1416545.00. Kemudian duit ini disimpan di dalam simpanan tetap yang boleh memberi pulangan tahunan 5% maka setiap tahun kita akan mendapat lebih kurang RM70,00.00 setahun sebagai dana persaraan tanpa mengusik modal asas. Dana 1.4 juta ini bolehlah diwasiatkan 1/3 daripadanya untuk sedekah jariah dan bakinya akan diwarisi kepada anak-anak.

Kita boleh memilih untuk menabung di unit amanah yang Islamik atau di Tabung Haji. Risikonya ialah kebiasaannya keperluan terdesak menjadikan kita lebih suka membelanjakan tabung persaraan ini untuk perkara-perkara yang bukan untuk kepentingan persaraan seperti kos pendidikan anak-anak, kenduri kahwin, perubatan dan menyiapkan rumah. Akhirnya objektif untuk memastikan dana persaraan yang mencukupi tidak kesampaian.

Jika anda tidak memiliki dana yang mencukupi bagi menyediakan tabung-tabung kecemasan khususnya berkaitan dengan kos rawatan akibat kemalangan, ditimpa penyakit kritikal dan sebagainya anda boleh memilih plan takaful yang mempunyai kemudahan tabungan dan perlindungan atau tabungan, perlindungan dan persaraan. Dengan tabungan ditakaful sebanyak RM1400.00 sebulan anda telah menyediakan total perlindungan pendapatan keluarga sehingga RM500,000.00 dan tabungan persaraan sebanyak RM367,000.00

Untuk mudah difahami bahawa jika hari ini kita berbelanja RM3000.00 sebulan maka pada tahun 2027 kita akan berbelanja RM5000.00 sebulan bagi keperluan yang sama. Oleh itu sepatutnya kita perlu meyimpan lebih daripada 50% daripada nilai keperluan semasa bagi menghadapi zaman-zaman kemarau di usia persaraan.

October 30, 2007 Posted by | Kewangan | 4 Comments

Agihlah Perbelanjaan Ikut Keutamaan

Merancang perbelanjaan dengan bijaksana dan mengagihkannya berdasarkan keutamaan adalah satu tanggungjawab syarak. Berbelanja secara ikut suka tanpa merancang adalah tanda kita tidak mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Islam adalah agama yang mendidik kita agar melakukan setiap sesuatu dengan matlamat yang betul sesuai dengan amanah khalifah dan ibadah yang diwajibkan ke atas diri kita. Matlamat kewangan pula seharusnya selari dengan keutamaan mengikut neraca syarak.

Keimanan kita kepada qodo dan qadar menuntut kita mempelajari sebab-sebab kemiskinan dan kekayaan sebelum kita berserah kepada nasib. Berserah kepada nasib tanpa perancangan, tindakan praktikal dan perjuangan adalah satu perjudian.

Nabi bersabda, antara maksudnya: ” Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, usia muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa senang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, semasa hidup sebelum mati”

Ini adalah risiko yang bakal dihadapi, masa tua dan tidak mampu berkerja mungkin dari usia 55 hingga 85 . Dalam sikap merancang kewangan berapakah perlu diagihkan daripada pendapatan selama bekerja dari usia 25 hingga 55 itu untuk jangkamasa 30 tahun dihari-hari persaraan.

Masa sakit; lumpuh sebelum matang, ditimpa penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Peluang tolong menolong yang dianjurkan oleh skim takaful perlu menjadi sebahagian daripada agihan perbelanjaan.

Masa masih ada pekerjaan, masa masih hidup perlu digunakan semaksima mungkin dan jangan lupa mengagihkan perbelanjaan secara adil.

October 2, 2007 Posted by | Kewangan | 1 Comment

Anda bijak

” Seseorang yang bijak mampu mengenalpasti keadaan masa hadapannya walaupun 20 tahun mendatang dan seorang yang bodoh akan berkata; kalaulah aku buat begitu dan begini 20 tahun yang lalu aku tidak akan menimpa nasib malang sebegini”.

Hidup didunia ini sudah ditentukan takdir baik dan buruknya oleh Allah, orang yang bijak ialah mereka yang memahami apakah takdir baik dan buruk tersebut dan menyusun hidupnya selari dengan takdir Allah SWT.

Orang yang gagal akan berkata : ” Apa boleh buat lagi, sememangnya aku telah ditakdirkan begini”. Sebenarnya itu hanyalah alasan dan kata-kata penyesalan dari seseorang yang bodoh sedangkan Allah hanya menqodo’kan segala takdirnya. 

Orang yang gagal ialah mereka yang malas menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, mereka malas berfikir, malas mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku disekitar malah lebih bebal lagi jika ditambah dengan sikap angkuh yang tidak mahu mendengar nasihat dan tidak mahu belajar.

Apa yang selalu keluar dari bibir mereka hanya kata-kata negatif dan melarikan diri daripada bertanggungjawab. ” Ah biarlah, apa nak jadi jadilah”. dan kadang kadang mereka senang-senang berkata ; ” Tawakkal aje dahhhh”.

Bukankah pada hari akhirat nanti Allah akan menghitung dan mengira sehingga sebesar zarrah, kebajikan maupun kemaksiatan.? Bukankah pada hari itu Allah akan bertanya tentang segala nikmat? Daripada mana kamu dapat dan kemana dibelanjakan.?

Malangnya biasanya tindakan manusia lebih didorong oleh emosi, sentimen dan naluri bukan daripada nasihat akal yang waras.

Jika anda bijak anda akan berhati-hati, anda akan bertindak berasaskan maklumat yang betul, anda akan mengambil kira kesan dan akibat daripada sebab-sebab yang anda susun dalam kehidupan anda.

Seorang yang bijak akan memulakan tindakan dengan menentukan objektif terperinci untuk jangka masa panjang, sederhana dan pendek. Objektif ditentukan secara spesifik dan boleh diukur. Objektif disusun berasaskan prioriti. Seterusnya satu kajian dilakukan bagi menentukan keperluan dalam merealisasikan objektif-objektifnya. Setiap objektif dikuatkan dengan hujjah dan tujuan yang jelas kenapa ia dijadikan objektif.

Setelah itu satu strategi dirangka bagi melaksanakan objektif-objektifnya. Beliau menganalisa kekuatan yang ada yang boleh membatu melaksanakan objektifnya, menganalisa kelemahan dirinya, mencari peluang dan mengambil kira halangan dan cabaran yang mesti dihadapi.

Akhirnya satu peta kehidupan siap dirancang untuk masa depannya. Setiap hari hanyalah melaksanakan aktiviti-aktiviti rutin yang telah disusun bagi mencapai matlamat jauh yang dirancangnya dan bertawakkal kepada Allah. Namun setiap malam beliau akan membuat muhasabah terhadap perlaksanaan amalnya bagi menambahkan kesyukuran kepada Allah atau beristighfar terhadap kelalaian dan berusaha memperbaiki kekuarangan dan mengejar yang tertinggal.

September 28, 2007 Posted by | attitude | Leave a comment