Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

Anda bijak

” Seseorang yang bijak mampu mengenalpasti keadaan masa hadapannya walaupun 20 tahun mendatang dan seorang yang bodoh akan berkata; kalaulah aku buat begitu dan begini 20 tahun yang lalu aku tidak akan menimpa nasib malang sebegini”.

Hidup didunia ini sudah ditentukan takdir baik dan buruknya oleh Allah, orang yang bijak ialah mereka yang memahami apakah takdir baik dan buruk tersebut dan menyusun hidupnya selari dengan takdir Allah SWT.

Orang yang gagal akan berkata : ” Apa boleh buat lagi, sememangnya aku telah ditakdirkan begini”. Sebenarnya itu hanyalah alasan dan kata-kata penyesalan dari seseorang yang bodoh sedangkan Allah hanya menqodo’kan segala takdirnya. 

Orang yang gagal ialah mereka yang malas menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, mereka malas berfikir, malas mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku disekitar malah lebih bebal lagi jika ditambah dengan sikap angkuh yang tidak mahu mendengar nasihat dan tidak mahu belajar.

Apa yang selalu keluar dari bibir mereka hanya kata-kata negatif dan melarikan diri daripada bertanggungjawab. ” Ah biarlah, apa nak jadi jadilah”. dan kadang kadang mereka senang-senang berkata ; ” Tawakkal aje dahhhh”.

Bukankah pada hari akhirat nanti Allah akan menghitung dan mengira sehingga sebesar zarrah, kebajikan maupun kemaksiatan.? Bukankah pada hari itu Allah akan bertanya tentang segala nikmat? Daripada mana kamu dapat dan kemana dibelanjakan.?

Malangnya biasanya tindakan manusia lebih didorong oleh emosi, sentimen dan naluri bukan daripada nasihat akal yang waras.

Jika anda bijak anda akan berhati-hati, anda akan bertindak berasaskan maklumat yang betul, anda akan mengambil kira kesan dan akibat daripada sebab-sebab yang anda susun dalam kehidupan anda.

Seorang yang bijak akan memulakan tindakan dengan menentukan objektif terperinci untuk jangka masa panjang, sederhana dan pendek. Objektif ditentukan secara spesifik dan boleh diukur. Objektif disusun berasaskan prioriti. Seterusnya satu kajian dilakukan bagi menentukan keperluan dalam merealisasikan objektif-objektifnya. Setiap objektif dikuatkan dengan hujjah dan tujuan yang jelas kenapa ia dijadikan objektif.

Setelah itu satu strategi dirangka bagi melaksanakan objektif-objektifnya. Beliau menganalisa kekuatan yang ada yang boleh membatu melaksanakan objektifnya, menganalisa kelemahan dirinya, mencari peluang dan mengambil kira halangan dan cabaran yang mesti dihadapi.

Akhirnya satu peta kehidupan siap dirancang untuk masa depannya. Setiap hari hanyalah melaksanakan aktiviti-aktiviti rutin yang telah disusun bagi mencapai matlamat jauh yang dirancangnya dan bertawakkal kepada Allah. Namun setiap malam beliau akan membuat muhasabah terhadap perlaksanaan amalnya bagi menambahkan kesyukuran kepada Allah atau beristighfar terhadap kelalaian dan berusaha memperbaiki kekuarangan dan mengejar yang tertinggal.

September 28, 2007 - Posted by | attitude

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: