Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

Menyertai Skim Takaful Keperluan Masa Kini.

Konsep Takaful:

Takaful bermaksud saling tolong-menolong dan bantu-menbantu. Atas dasar ini Institusi Takaful diwujudkan. Bayangkan sekiranya sahabat seperjuangan yang dikasihi ditimpa musibah yang membawa kepada lumpuh atau meninggal dunia apakah pendapatan bulanannya akan masih diperolehi oleh keluarga beliau? Bagaimana? Sanggupkah saudara-saudari melihat keluarga tersebut dibiarkan tanpa memberi bantuan secukupnya?

Jika keperluan bulanannya RM2000.00 bermakna setahun RM24000.00 dan jika anak-anak beliau masih kecil dan memerlukan lebih 15 tahun pembiayaan atau lebih, sanggupkah sahabat-sahabat seperjuangan menghulurkan bantuan kewangan setiap bulan.? Bagaimana jika musibah ini ditimpa oleh sahabat-sahabat lain yang menjadikan jumlah 10 keluarga..? Secara logiknya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi tanpa wujud sebuah sistem pengurusan yang profesional seperti Institusi Takaful.

Melalui Institusi takaful seorang peserta hanya perlu menyumbang serendah RM150.00 sebulan untuk mendapat perlindungan RM500,000.00. Ia bukan satu perjuadian tetapi apbila peserta yang bertabaru’ jumlahnya ramai maka perlindungan yang tinggi boleh diberikan. Institusi Takaful sebenarnya menyelesaikan tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam yang perlu disokong, terutamanya jika pengendali dan pemiliknya adalah di kalangan umat Islam.

Konsep Ahsanu `Amala.

Apakah sama mereka yang mempunyai plan perancangan kewangan dengan mereka yang tidak mempunyainya? Kaum Cina dan India sudah lama merancang kerana mereka sedar tidak ada sesiapa yang boleh membantu mereka!!

Apakah sama mereka yang jelas objektif kewangan dengan mereka yang tidak jelas?

Apakah sama mereka yang membelanjakan kewangan mereka berasaskan keutamaan Syarak dengan mereka yang berbelanja ikut nafsu?

Merancang kewangan adalah asas merealisasikan `ahsanu `amala’..

Jika hati saudara terdetik dengan seruan ini hubungilah saya, khidmat perundingan adalah percuma.

Akhukum fillah Annuar Salleh

March 25, 2008 - Posted by | attitude

13 Comments »

  1. assalamualaikum..
    apa pendapat en. atau pandangan,peluang dan cabaran industi takaful di malaysia?

    Comment by amy | January 27, 2009 | Reply

    • Peluang Industri Takful:
      1. Selepas kegawatan ekonomi dunia , masyarakat mula meyakini kekukuhn ekonomi Islam.
      2. Sekarang ini di Etiqa Takaful golongan Cina sudah menyumbang melebihi 11juta dalam masa 11 bulan.
      3. Ekonomi Islam mula diterima diseluruh dunia dan potensi Syarikat Takaful akan menerajui industri ini di dunia cerah.
      4. Umat Islam di Malaysia mula berfikiran positif, memiliki cara hidup yang berperancangan dan sudah pasti Takaful akan menjadi pilihan mereka.

      Cabaran;
      1. Majoriti Umat Islam yang masih kurang Ilmu mengenai perancangan kewangan.
      2. Majoriti Umat Islam masih ditahap yang kurang berkemampuan untuk menabung.
      3. Masyarakat bukan Islam masih belum benar-benar yakin dengan kemampuan sistem Islam.

      Comment by renungan2u | January 27, 2009 | Reply

  2. kenapa perlunya takaful?

    Comment by amy | January 27, 2009 | Reply

    • Takaful bermaksud tolong menolong. Ia adalah sistem Islam sejak permulaan kehidupan manusia. Manusia sering ditimpa pelbagai musibah, seperti kematian, kemalangan, ditimpa penyakit kritikal, hidup terlalu lama dan tiada pendapatan.. Kesemua manusia yang menimpa musibah ini pasti memerlukan pertolongan saudaranya. Melalui Takaful satu sistem yang adil diwujudkan supaya umat Islam saling menyumbang kedalam tabung bantuan sesama umat Islam yang akan diagihkan kepada sesiapa yang ditimpa musibah atau kepada waris-waris yang hilang tempat bergantung.

      Umat Islam perlu menyokong dan menyertai takaful supaya mereka sama-sama bertolong menolong bagi meringnkan bebanan kewangan yang ditimpa oleh saudaranya.

      Comment by renungan2u | January 27, 2009 | Reply

  3. hmmm..
    apa perbezaan operasi takaful dan syarikat insurans?

    Comment by amy | January 27, 2009 | Reply

    • Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjelaskan bahawa terdapat 3 perbezaan ketara antara insurans dan takaful.
      1. Akad Takaful adalah akad tolong menolong, tabarru’, wakalah dan mudharabah yang lebih tepat dengan industri ini sedangkan akad dalam insurans adalah akad jual-beli dan akad ini tidak sah kerana wujud gaharar atau sesuatu jual-beli yang tidak jelas barangnya.
      2. Takaful terselamat daripada unsur-unsur Riba berbeza dengan insranns.
      3. Takaful memiliki majlis pengawasan Syariah yang memantau sistem dan pelaksanaannya agar memenuhi kehendak Islam.
      seperti tempat pelaburan wang takaful. Berbeza syarikat insurans adalah tidak salah pada akta insurans sekiranya mereka melabur di syarikat yang haram pada Islam seperti kilang-kilang arak, syarikat perjuadian, bank-bank yang mengamalkan sistem riba dan sebagainya.

      Comment by renungan2u | January 27, 2009 | Reply

  4. assalamualaikum, saya ingin tahu cabaran secara detail berkenaan dengan takaful di Malaysia….

    Comment by mohd asri | October 4, 2009 | Reply

    • Cabaran ?
      Cabaran industri takaful?
      Cabaran seorang agent takaful?
      Cabaran kewangan keluarga dan takaful?

      yang mana satu?

      Comment by renungan2u | October 4, 2009 | Reply

  5. assalamualaikum,

    saya rena binti radat, sya ingin bertanya,mengenai skim takaful,.. adik lelaki saya izam bin radat dilindungi di bawah skim takaful berkelompok yang dikeluarkan dari lembaga pembangunan industri malaysia (CIDB)… boleh tolong jelaskan bagaimana untuk saya mguruskan insurans adik sya???
    please reply ASAP.

    rena

    Comment by rena binti radat | March 9, 2010 | Reply

    • wa`alaikumussalam.
      1. puan boleh rujuk tempat kerja adik puan untuk mengetahui status perlindungannya sama ada masih berjalan atau tidak. Jika ada puan peru dapatkan polisisnya dan merujuk kepada syarikat takaful yang melindungi adik puan bagi mengetahui siapakah penama yang dinamakan.
      2. puan perlu tahu siapakah waris yang dinamakan oleh adik puan untuk menguruskan tuntutan takaful jika berlaku apa-apa musibah keatasnya.
      3. Sekiranya takaful masih berkuat kuasa puan boleh meinta pihak cidb yang menguruskan takaful tersebut untuk membuat apa-apa tuntutan yang berkaitan.
      4. pembayaran perlindungan akan dikeluarkan atas nama penama jika adik puan meninggal dunia ( penama adalah pemegang amanah)
      5. Jika penama meninggal dunia puan perlu merujuk mahkamah syariah untuk melantik seseorang bagi menguruskan harta pusaka jika adik puan meninggal dunia

      Comment by renungan2u | March 9, 2010 | Reply

  6. assalamuaikum, tn memang best, dapat berjumpa sesekali di convention atau taklimat dgn tn.
    tahniah mudahan berjaya….rozi etiqa rakan sebilik semasa di mekah….0174219795

    Comment by mohamad rozi | December 18, 2010 | Reply

    • selamat berjaya juga

      Comment by renungan2u | December 20, 2010 | Reply

  7. salam saya tengah memikirkan dalam kebanyakan SKIM TAKAFUL yg ditawarkan oleh syarikat perbankan di Malaysia yg manakah LEBIH BAIK dan SELAMAT? terima kasih..

    Comment by deqwan | June 22, 2012 | Reply


Leave a reply to amy Cancel reply