Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

terharu

Satu hari saya menemui seorang jururawat disebuah hospital. Memandangkan beliau seorang yang peramah dan sangat perihatin saya mencadangkan beliau memilih kerjaya sebagai perunding kewangan Islam. Saya dapat lihat potensi dirinya yang mudah mendekati dan didekati pesakit merupakan asset yang bernilai tambah dalam industry takaful ini.

Namun beliau menolaknya sebab suaminya seorang pengarah syarikat dan pendapatan bulanan mereka sudah mencukupi, lagipun beliau amat meminati bidang jururawat yang diceburinya. Beliau amat merasai satu kepuasan jika dapat membantu merawat pesakit-pesakit dihospital tempatnya berkerja.

Oleh kerana saya terlalu mendesak dia setuju untuk membantu dan akhirnya dia memperkenalkan seorang pelanggan kepada saya. Pelanggan tersebut seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak.

Saya membuat temubual, menganalisa keperluan pelanggan dan membuat pembentangan cadangan kepada bakal pelanggan dan isterinya yang kebetulan dating kehospital bagi menziarahi saudaranya. Temu bual tersebut juga ditemani oleh jururawat tersebut yang memperkenalkan mereka kepada saya.

Memandangkan budget yang kecil saya mencadangkan beliau mengambil plan mesra dan rider kemalangan diri yang agak tinggi. Jumlah keseluruhan perlindungan sebanyak RM100,000.00 dengan kos RM150 sebulan.
Melihat angka 150 sebulan yang diperlukan siisteri macam tidak berminat dan si suami tidak membuat keputusan dalam majlis tersebut. Namun saya tetap mengambil no telefon bakal pelanggan dan berniat untuk bertemunya beberapa hari lagi.

Selepas 3 hari saya membuat temujanji dengan pelanggan tersebut disebuah warung. Saya bertanya beliau; “ setiap hari berapa kali encik pergi minum diwarung”? dia menjawab ; “biasanya 3 kali sehari”. Saya bertanya lagi: “ Berapakah yang dibelanjakan setiap kali minum”? Beliau menjawab: “Antara RM3 hingga RM7”. Saya menjawab : “ Katakan purata sehari RM15 maka sebulan RM450”.. Belau termenung sekejap, kemudian berkata : “Ya RM450”.

Saya berkata : “ Kalau encik sayangkan isteri dan anak-anak encik potong sahaja budget tersebut sebanyak RM150 sebulan untuk anak dan isteri encik, dan minta sahaja isteri encik bekalkan air teh sebotol setiap hari”
Akhirnya beliau bersetuju dan terus menyerahkan dokumennya untuk saya isi borang takafulnya. Untuk memudahkannya saya mencadangkan dia membayar plan takaful ini melalui potongan bank “autodebit”.

Sejak daripada itu isteri pelanggan saya sentiasa membekalkan bekal minum pagi kepada pelanggan saya tersebut dan dia berkata dia berjaya berjimat hampir RM300 sebulan, Cuma isterinya perlu berkorban bangun awal pagi bagi menyediakan sarapan dan bekal untuk seisi keluarga. Saya telah mencadangkan kepada pelanggan saya jika beliau memperkenalkan seorang kawan saya akan hadiahkan kepadanya sesuatu..
Beliau berterima kasih kepadanya dan berkata insya Allah.

Dipendekkan cerita selepas hampir setahun tiba-tiba jururawat yang memperkenalkan pelanggan saya ini menalipon saya supaya segera dating ke hospital tempatnya bertugas. Setibanya dihospital saya di sambut oleh isteri dan anak-anak pelanggan saya bersama jururawat tersebut. Mereka menyampaikan berita sedih bahawa pelanggan saya telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.

Saya mengucapkan, “inna lillah wa inna ilaihi raaji`un” . Daripada raut wajah mereka terlihat wajah kekesalan. Mungkin pelanggan saya tidak menceritakan kepada mereka bahawa beliau ada mengambil plan takaful. Dengan segera saya pergi kea tm berhampiran dan mengeluarkan wang. Saya hulurkan wang khairat kematian sebanyak RM1000.00 kepada isteri pelanggan saya dan berjanji akan menziarai mereka dalam masa terdekat.

Selepas dua minggu pihak takaful memgeluarkan cek bernilai RM60,000.00 untuk isteri pelanggan saya yang ditulis sebagai pemegang amanah baki RM40,000.00 akan diserahkan apabila beliau mendapat surat kebenaran mahkamah bagi menguruskan harta simati.

Sayapun membawa cek tersebut dan bertemu jururawat yang memperkenalkan pelanggan kepada saya untuk menyerahkan cek tersebut kepada warisnya.

Apabila tiba dirumah mereka saya menceritakan bahawa simati telah mengambil polisi yang saya nyatakan dan saya lihat jururawat tersebut dipeluk erat oleh isteri pelanggan saya dan mereka tidak dapat menahan airmata.

Apabila saya menyatakan masih terdapat baki RM40,000.00 saya lihat betapa bercahayanya wajah beliau lantas beliau mengambil gambar suaminya dan menangis semahu-mahunya tanpa segan silu lagi dihadapan saya. Jururawat tersebut menenangkannya sehingga sendunya berakhir dan akhirnya beliau berkata kepada saya:

“ Kini saya tahu betapa mulianya kerja yang encik buat, saya tidak pernah merasa bahagia sebaimana perasaan saya hari ini..Kalau di hospital saya berjaya membantu merawat pesakit.. tetapi selepas itu saya tahu mereka akan runsing memikirkan bagaimana hendak menjelaskan bil-bil hospital”..

Sejak itu jururawat tersebut menjadi wakil takaful yang berjaya. Baginya beliau bukan sahaja merawat pesakit, malah menyediakan kos rawatan untuk pesakit dan menyediakan wang untuk anak-anak yatim jika pesakitnya gagal diselamatkan..

( Kisah benar dengan olahan..)

October 14, 2010 - Posted by | peluang

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: