Tersusun Kehidupan

Ego, simplistik bukan sikap pejuang

Menguruskan Risiko Kewangan

Seorang dewasa yang bertanggungjawab tidak akan memperjudikan masadepan keluarganya tanpa membuat persediaan wajar bagi menghadapi risiko-risiko mendatang khususnya risiko kewangan.

Islam memerintahkan orang beriman agar sentiasa membuat persediaan untuk masa hadapan diri dan keluarganya.

Memahami risiko kewangan dan cara mengatasinya merupakan satu aspek penting dalam perancangan kewangan.

Berusaha membuat perubahan masa depannya adalah tanggungjawab seorang beriman. Mencari ilmu, berfikir sebelum bertindak dalam sekecil-kecil perkara, menganalisa secara kritikal, membuat rumusan, merancang dan membetulkan sikap adalah termasuk dalam kerangka usaha yang boleh dilakukan oleh setiap insan.

Sikap membiarkan segala berlaku mengikut arus samalah seperti golongan Murjiah yang menganggap manusia ibarat kapas yang tidak dipertanggungjawabkan menentukan haluan hidupnya selaras dengan ketentuan sistem yang telah ditakdirkan Allah.

Setiap ketua keluarga adalah aset kepada keluarganya. Jika pendapatan bulanannya RM5000  sebulan bererti beliau akan membawa pendapatan sebanyak RM60,000.00 setahun. Jika usianya baru 35 tahun dan bakal berhenti kerja pada usia 55 tahun bermakna beliau akan membawa pendapatan sebanyak RM1.2 juta.

Di atas andaian beliau akan terus sihat selama 20 tahun akan datang, terus hidup dan membawa pulang wang RM60k setahun beliau menyusun perbelanjaan dan kebanyakannya secara hutang.

Jika beliau menhadapi penyakit kritikal, hilang upaya kerja atau meninggal dunia bermakna aset RM1.2 juta yang menjadi harapan keluarganya musnah. Jika ada tabungngan yang dibuat akan dibelanjakan bagi menanggung kos rawatan.

Apakah wajar risiko ini tidak diperhatikan sedangkan peluang terbuka luas untuk anda merancang dengan mengagihkan risiko ini sesama umat Islam melalui skim takaful. Dengan ini anda menyertai skim jariah dan khairat yang terbaik demi kesejahteraan ummah.

Untuk melindungi aset ini anda perlu mempunyai polisi takaful yang boleh menjamin pendapatan kewangan yang berterusan kepada keluarga sehingga 80% pendapatan bulanan anda.

Mungkin anda lebih mengutamakan pelaburan tetapi anda tidak boleh melupakan perlindungan. Sedangkan pendapatan bulanan anda sudah mencukupi untuk saraan keluarga anda jika anda terus sihat dan mampu berkerja. Bagaimana jika risiko kematian, lumpuh, ditimpa musibah penyakit kritikal milik anda dalam usia anak dan isteri anda memerlukan pendapatan anda???

Sudahkah anda memiliki polisi yang melindungi pendapatan anda sehingga 80% pendapatan bulanan anda.?

Sudahkan anda mempunyai polisi yang melindungi kos rawatan penyakit kritikal yang mungkin menimpa anda?

Atau anda sanggup menunggu giliran sehingga berbulan bagi menerima rawatan di hospital kerajaan?

Ubahlah sikap anda, agihlah sebahagian perbelanjaan kedalam tabung perlindungan.

2 Comments »

  1. salam…apa yang di maksudkan dengan risiko kewangan?

    Comment by ida | July 17, 2009 | Reply

    • Risiko yang menyebabkan hilang punca pendapatan kewangan atau yang memelukan belanja kewangan seperti:

      Tidak mampu bekerja akibat lumpuh.
      Ketua keluarga atau pasangan meninggal dunia yang menyebabkan pendapatan yang diperolehi olehnya tamat.
      Ditimpa penyakit kritikal yang memerlukan kos perubatan yang tinggi

      Ini merupakan risiko yang menyebabkan masalah kewangan dan ia boleh diatasi atau dikurangkan bebanannya dengan menyertai takaful.

      Comment by renungan2u | July 19, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: